Archive for February, 2013

26 Feb 2013, Semenyih

Dalam sidang akhbar yang di adakan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cawangan Semenyih hari ini, rekod kerja dan pencapaian Saudara Arutchelvan di Semenyih sejak 2008 khususnya telah dibentangkan. Tujuan adalah untuk rakyat Semenyih membuat pilihan sama ada Saudara Arutchelvan layak menjadi wakil mereka di Dewan Undangan Negeri.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Menurut pengerusi sidang akhbar hari ini Saudara Simon, Pusat Khidmat di Bandar Rinching Seksyen 5 telah di mulakan sebulan selepas pilihanraya 2008 bulan March seperti yang telah dijanji oleh calon semasa kempen pilihanraya tahun 2008. Saudara Arutchelvan kalah tipis kepada calon Barisan Nasional, En. Johan Bin Abdul Aziz dengan perbezaan undi 1,140, di mana peratus pengundian adalah 81.3% dengan jumlah pemilih pendaftar 28,203.

Pusat Khidmat di Bandar Rinching di buka 3 hari dalam seminggu dan lebih daripada 500 aduan diterima meliputi kes pekerjaan, rumahtangga, kes polis, isu kebajikan, rumah dilelong, persekolahan, isu geran kuil, isu perumahan pekerja-pekerja ladang, isu Along dan sebagainya.

Demokrasi dari Bawah – S. Arutchelvan

Picture1Seorang aktivis dan pejuang rakyat sejak 25 tahun lalu telah mempelajari dari pengalaman bahawa kewibaan politik adalah satu-satunya ‘tool’ untuk menyelesaikan masalah asas rakyat seperti isu perumahan peneroka bandar dan pekerja ladang, penindasan di tempat kerja, salahguna kuasa oleh pemerintah dan kaum kapitalis serta sistem pemerintahan yang anti-rakyat. Inilah juga pandangan parti (PSM) terutamanya selepas pilihanraya tahun 1998 apabila kebanyakan calon pemerintah dan pembangkang enggan mahu tandatangan akur janji yang di tuntut oleh masyarakat peneroka bandar dan ladang. Maka, Saudara Arutchelvan  telah bersetuju dengan kehendak Parti (PSM) untuk bertanding dalam  pilihanraya tahun 2008 dengan logo PKR kerana Kementeriaan Dalam Negeri menafikan hak PSM untuk mendaftarkan parti sejak permohonannya pada April 1998 sehinggalah selepas pilihanraya 2008.OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Apabila Saudara Arutchelvan dilantik sebagai ahli Majlis Zon 18 di Semenyih (sejak 2008), satu pejabat di buka dipekan Semenyih. Ia dibuka setiap hari untuk memberi khidmat kepada penduduk dari kawasan Taman Sri Tanjung, Kg. Broga, Bdr. Rinching Seksy 1-5, Taman Pelangi, Taman Tasek Semenyih dan Taman Manikavasagam tetapi tindakan-tindakan juga diambil jika aduan diterima dari penduduk Zon lain. Saudara Arutchelvan, seorang aktivis percaya ‘empowerment’ atau proses memperkasakan rakyat itu amat penting kerana ahli-ahli politik BN sudah membiasakan rakyat dengan budaya ‘handouts’, budaya mengagung-agungkan pemimpin, budaya mengharapkan orang dan budaya perkauman.

Picture6Maka, dalam kerja-kerja di kawasannya, beliau telah menekankan demokrasi dari bawah. Majlis Perundingan Rakyat @ MPR dan Mesyuarat Perwakilan Penduduk @ MPP adalah satu pencapaian penting dalam masa 5 tahun ini. Di semua kawasan baru yang dimasuki oleh team Saudara Arul, MPR di uruskan di mana penduduk setempat hadir dan mengutarakan isu-isu di kawasan masing-masing. Tindakan lanjutan kepada aduan-aduan yang di bawa akan dibincang dalam MPP yang di adakan setiap bulan dan di hadiri oleh setiap wakil penduduk Taman/Pangsapuri Kos Rendah/Kampung/Ladang.

 Picture4

Rugi, jika Arul tidak dipilih!

Encik Kamal Zakaria, Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Rinching dan Encik Subramaniam, Pengerusi Persatuan Kebajikan Kaum India Bandar Rinching berkata semasa sidang akhbar hari ini bahawa hanya selepas saudara Arutchelvan menjadi Ahli Majlis, mereka telah di jemput untuk menghadiri mesyuarat dan menyedari apakah peranan seorang ahli Majlis kerana sebelum ini di bawah BN, tidak pernah dipanggil untuk mesyuarat. Menurut Encik Kamal lagi, 3 tahun mereka menghadapi masalah air teruk di Bandar Rinching, hanya selepas Saudara Arul menjadi ahli Majlis, langkah-langkah diambil untuk menyelesaikan masalah.

OLYMPUS DIGITAL CAMERASemua wakil penduduk yang hadir ke sidang akhbar hari ini iaitu Puan Low Yoke Thin – AJK JKK Broga, Encik Halim selaku Setiausaha Persatuan Penduduk Bandar Rinching dan En. Francis dari Ladang Denudin telah berkata bahawa saudara Arutchelvan adalah seorang yang sederhana, mudah didekati, turun padang dan seorang aktivis yang tidak kira masa atau bangsa untuk berjumpa rakyat, bekerja keras dan seorang pemimpin yang turut memperjuangkan isu-isu nasional dan antarabangsa. “Rugilah kepada rakyat, jika calon sebegini tidak dipilih untuk bertanding di Semenyih”.

Picture7

Antara pencapaian beliau yang telah direpot hari ini ialah:

  1. Perintis dalam Perjuangan Akta Gaji Minima untuk warga pekerja sejak 10 tahun lalu kini sekurang-kurang RM900 telah dijadikan sebagai Akta Gaji Minima;
  2. Setiausaha pertama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), 2001 dan telah banyak menyumbang untuk  menggerakan kempen ini yang  kini telah di mansuhkan;
  3. PSM penggerak utama kempen anti-GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) sejak 6 tahun lalu dan di peringkat Semenyih saudara Arul telah meneruskan kempen untuk menyedarkan rakyat tentang GST.
  4. Forum rumah pangsapuri kos rendah DUN Semenyih yang diusahakan oleh Saudara Arutchelvan telah menghasilkan 2 kejayaan – Kerajaan Negeri Selangor setuju untuk kurangnya cukai taksiran sebanyak 25% dan MPKj setuju mengambilalih pembersihan longkang dan pemotongan rumput.
  5. Pada 24/4/ 2010 – 159 orang penduduk Kg Broga telah mendapat Geran Tanah untuk 99 tahun
  6. Masalah geran tanah di Kg. Bharu serta pembayaran premium yang berlarutan telah ditangani
  7. Penduduk Taman Sri Tanjung mendapat Sijil CF yang dinantikan lebih 20 tahun
  8. Telah membantu mendapatkan geran tanah Kuil Subramaniam
  9. Kg. Sireh telah bertukar status ke Taman dan kini mendapat perkhidmatan MPKj
  10. Pelbagai Kemudahan asas telah disediakan serta dibaikpulih, antaranya di Taman Manikavasagam, Broga, Taman Pelangi, Kg. Baru, Vista Perdana, Flats Bangi Jaya dan Bandar Rinching.
  11. Telah membantu dalam perjuangan penduduk Ladang Sg. Rinching selama 14 tahun yang kini berjaya mendapat rumah kos rendah
  12. Telah membantu perjuangan penduduk Ladang Denudin untuk mendapatkan rumah teres percuma baru-baru ini.
  13. Perjuangan penduduk Ladang Bangi yang bermula 10 tahun lalu masih dalam proses rundingan dan saudara Arul memainkan peranan utama.
  14. Penduduk diperkasakan dengan Banner Pemantauan yang memberi maklumat tentang MPKj, kontraktor dan ahli majlis

 Picture5

Semenyih sudah menjadi Semi-Urban

Menjawab soalan pihak media, saudara Arutchelvan berkata, Semenyih bukan lagi semi-pendalaman seperti mana dikenali pada tahun 2008, kini lebih banyak ‘township’ dan kawasan-kawasan perumahan baru telah muncul, kini Semenyih adalah semi-urban. Oleh itu isu-isu kritikal di Semenyih yang memerlukan perancangan dan kerjasama pelbagai pihak ialah (i) masalah kesesakan jalanraya & masalah tiada bus lalu di beberapa kawasan (ii) isu pembuangan dan memproses sampah (iii) pencemaran Sg. Langat dan isu-isu alam sekitar yang lain (iv) tempat pemberhentian bas – bus stesen yang di bina di zaman BN tidak digunakan kerana kedudukannya tidak strategic (v) isu perumahan penduduk Ladang dan (vi) isu pangsapuri kos rendah seperti masalah penyelenggaran, cukai, kebersihan dan pemilikan.

Setiausaha Agung PSM – S. Arutchelvan

Sebagai Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, saudara S. Arutchelvan juga memainkan perananpenting dalam menggerakkan parti selama lebih 14 tahun ini. Sebagai pemimpin, penglibatan beliau dalam Gerakan Bersih, anti-Lynas, gerakan anti penswastaan hospital awam, kempen membantah sistem kontrak buruh, kempen pilihanraya majlis tempatan dan sebagainya tidak terhingga.  Perjuangan-perjuangan ini pasti akan berterusan sehingga ia membawa kejayaan kepada rakyat.

Dalam sidang akhbar juga diumumkan bahawa seperti yang dilakukan setiap tahun sejak 2008, calon PSM di Semenyih, S. Arutchelvan akan membuat deklarasi harta dan pelancaran manifesto PSM di peringkat Semenyih dalam masa terdekat.

Picture2

Saudara Arul – pilihan pengundi?

Jumlah pengundi di DUN Semenyih telah meningkat ke 39,607 dan di katakan 50% pengundi baru berusia kurang 30 tahun. PSM yakin jika peningkatan ini adalah ‘genuine’ maka kebarangkalian untuk pembangkang menang di DUN Semenyih adalah lebih cerah.  Harapan PSM ialah penduduk Semenyih akan sama-sama menentang budaya rasuah, politik kaum, budaya ‘handouts’ dan berani untuk membawa perubahan.

PSM percaya pengundi-pengundi Semenyih lebih celik dan pasti akan memilih calon yang berwibawa, bersih dan menjaga kepentingan rakyat seperti saudara Arutchelvan.

Picture8

oleh,
Letchimi Devi
News Desk PSM Semenyih

58 tahun….masih tiada kewarganegaraan!

Posted: February 24, 2013 in GENERAL
Tags:

Logo PSMPARTI SOSIALIS MALAYSIA (CAWANGAN KAJANG)
No. 8, Tingkat 2, Jalan Balakong, Batu 11, Cheras, 43000 Kajang, Selangor.
Tel/Fax: 03-87374772 @ 016-9268776

23 February 2013

Kepada,

Kementerian Dalam Negeri
Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan
Aras 4, Blok D2 Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 W.P. PUTRAJAYA
Tuan/Puan,

SURAT RAYUAN DAN SURAT MEMINTA PENJELASAN PENOLAKAN PERMOHONAN KEWARGANEGARAAN PUAN SAROJA A/P ARJUNAN (58)

Pusat Perkhidmatan Parti Sosialis Malaysia telah menerima satu aduan dari Puan Saroja a/p Arujunan berumur 58 tahun kerana beliau sangat kecewa dengan penolakan permohonan beliau untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia tanpa sebarang penjelasan rasional. Kami merujuk kepada rujukan  anda: KDN(S): 158/560/2/2-114749(5)] melalui surat bertarikh 2 Nov 2012.

Puan Saroja yang kini mempunyai kad pengenalan Pemastautin Tetap (551226-71-5190) amat kecewa dengan tindakan pihak anda memandangkan beliau telah berada di negara ini selama 58 tahun, sudah beranak dan bercucu, tidak dapat keluar dari negara ini untuk melawat anaknya sendiri yang berada di Singapura, tidak dapat membeli atau mewarisi harta dan tidak dapat mengundi dalam setiap pilihanraya.

Dari keterangan yang kami peroleh dari beliau:

  • Beliau lahir sebelum kemerdekaan, 1955 di Bidor, Perak. Ibu beliau ialah Pn. Nagamah a/p Ramasamy yang pernah bekerja di Ladang Bidor Perak ketika berumur 21 tahun dan di situlah beliau melahirkan anak keduanya, Puan Manaachy. Bapa Puan Saroja ialah En. Arujunan. Kedua-dua ibubapa telah meninggal dunia. Surat kematian ibunya menunjukkan beliau meninggal dunia pada 14 Feb 1997 di Bahau, Negri Sembilan.
  • Beliau telah kehilangan surat beranak semasa bekerja di rumah orang dari umur 8 tahun hingga 12 tahun di Perak.
  • Beliau mempunyai 3 orang adik beradik, semuanya memiliki NRIC Biru @ kewarganegaraan Malaysia (i) Puan Manaachy (tarikh lahir 20 Jan 1959) lahir di Hospital Sungkai, Perak (ii) Puan Samandispary (tarikh lahir 19 Mar 1965) lahir di New Rompin Est, Negri Sembilan dan mempunyai surat kelahiran (iii) En. Sannasi telah meninggal dunia.
  • Puan Saroja berkahwin dengan suaminya, Encik Subramaniam Mariappan ketika berumur 15 tahun. Perkahwinan mereka tidak didaftar seperti mana kebanyakan perkahwinan pada masa itu. En. Subramaniam mempunyai surat beranak yang di daftar di Negri Sembilan. Menurut surat kematian, beliau meninggal dunia pada 5 Sept 1999 di Kuala Pilah, Negri Sembilan. Beliau juga meninggal dunia tanpa memperoleh kewarganegaraan Malaysia.
  • Mereka berdua mempunyai 7 orang anak dan semua adalah warganegara Malaysia (memiliki IC biru). Mereka semua lahir di Negri Sembilan, maklumat mereka seperti berikut:

(i)    Velavan a/l Subramaniam (TL: 16 Aug 1975) yang telah meninggal dunia 8 tahun lalu,

(ii)   Prema a/p Subramanian (TL: 31 Aug  1976),

(iii)  Vimala a/p Subramaniam (TL: 29 Nov 1977),

(iv)  Anandan a/l Subramaniam (TL: 08 Nov 1979),

(v)  Muhammad Selva Bin Abdullah  yang telah bertukar agama (TL: 24 May 1981),

(vi) Mathan a/l Subramaniam (TL: 16 Jun 1984) yang telah meninggal dunia pada 2/10/2011

(vii)  Anand Kumar a/l Subramaniam (TL: 27 July 1986)

Oleh itu, kami kurang faham, apakah alasan pihak Tuan menafikan hak Puan Saroja untuk kewarganegraan. Setiap orang mempunyai hak untuk kewarganegaraan menurut konvensyen hak asasi rakyat sejagat. Kami rasa segala bukti yang ada jelas menunjukkan Puan Saroja layak untuk mendapat kewarganegaraan Malaysia. Segala dokumen dilampirkan bersama.

Menurut Puan Saroja, permohonan telah dibuat sebanyak 2 kali. Harap pihak Tuan akan meneliti semula permohonan Puan Saroja serta memberi penjelasan yang sah terhadap penolakan hak beliau untuk memperoleh kewarganegaraan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Letchimi Devi a/p Doraisamy
Biro Aduan PSM Cawangan Kajang.

23 Feb 2013, Taman Asa Jaya, Semenyih

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Today at about 10 a.m onward owners of the low cost flat houses at Asa Jaya flats were trickling in. Arutchelvan, the MPKj counsellor for Zon 18 was there on invitation.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

At about 10.30am the lawyers representing the developer and the developer themselves  arrived – Housing Management and Development  Sdn Bhd. Immediately, they started checking on the attendance of the people.

For a while, I was a bit confused as to why  they are taking attendance while  some families were complaining that their attendance is denied because they are not the actual owners of the units.

Only at about 11a.m MPKj officials from the Commission of Building arrived with their PA system. Then Comrade Arutchelvan took the lead to explain to the people about the purpose of the meeting. That solved the confusion.

A while later, some representatives from Syabas arrived.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Formation of MC (Management Corporation)

Yes, the meeting today at Asa Jaya Flats were to form MC and to do that, the meeting quorum must be 50% of the owners holding their strata title. Apparently 281 of them already received the title out of 500. Unfortunately only 31 owners were present. People were grumbling about some owners who are not bothered to attend because they have rented their houses to others. More than 10 people were complaining that they already paid full payment for the house, how come they did not receive the strata title while some who have not paid full, can get the title!OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Azhari from COB explained that the problem with the land title is because the developer   were unable to collect sufficient tax to pay the Department of Land- unless the accumulative tax amount is paid, the strata title issue will not be solved.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAComrade Arutchelvan told the people that he already raised with MPKj and Selangor State government to reduce the land tax which is quite high for people living in low cost flats. The Selangor government agreed to reduce but still wants the people to settle the pending amount.  He promised that the matter will be further pursued with the state government. If this is not solved, the owners will have problem to sell or transfer their property.

They can find a solution if MC is formed the following week, 3rd March at 9 a.m – apparently they can  form MC even if there is no quorum next week. Arul also explained that once MC is formed, the committee can apply special grants from federal and Selangor state government  to improve the condition of the flats e.g. maintenance.

Where is the Solution?

A very vocal gentleman from the people, Mr. Ayemenen (57 years old) were pouring out his OLYMPUS DIGITAL CAMERAfrustration when there was accusation from developer about residence not paying fees. Mr. Ayemenen said  “we are poor people living in these flats and you want us to pay for everything and we cannot afford – maintenance fees, tax, insurance, assessment fee and so on, whether we use the service or not, we are obliged to pay – why? He continued “you are telling we are not paying you but look how bad is the condition of this flat – it is the reason why people don’t pay”

I was thinking about why the people have so much issue? What were the Federal OLYMPUS DIGITAL CAMERAgovernment and the previous BN state government were doing? The 5 blocks here was completed in 1989, which means it is in existence for about 22 years. 

Meanwhile Syabas representatives explained about water migration from bulk meters to individual water meters.

5 years ago, the greatest challenge for the people here were frequent water cut. After 2008 election, the problem was addressed but not fully rectified. The process of changing the meter is still ongoing as it involves some procedures and payment to Syabas.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAI still remember when PSM team visited the flats in 2008, there was lot of complaints about frequent water cut, poor maintenance and hygiene. Even some railings were missing.  There are 500 units of houses and because of these problems many left the place.

In 2010, Arutchelvan as MPKj councilor and Secretary General of PSM along with his team & JERIT took the initiative to have a consultation with more than 20 residence committee low cost flats in DUN Semenyih on their various plight. One of their demand to  the State and Federal Government was to abolish either one of the tax that these people are forced to pay. Also the MPKj was asked to provide support such as cutting grass and clean the drains if the residence committee are inactive. Such support is now in practice and the State government agreed to less assessment fee by 25% since Oct 2012.

But the core issue here is, most low cost flats are rent out. This means it’s a property OLYMPUS DIGITAL CAMERAbusiness for some. The genuine people who needs a home or can only afford low cost houses become the victims – in the sense – there can never be full payment or commitment as stipulated in the law. To have a stable residence committee, to manage the place is a biggest challenge unless there are change of laws!

Another consultation on these issue  is a must.  PSM is certain Arul, a responsible leader would continue to step up effort on this issue.

Reported by
Letchimi
PSM Semenyih News Desk

18 Feb 2013, Semenyih

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Semenyih yang dibina 50 tahun dahulu. Kali terakhir sekolah tersebut diubahsuai 13 tahun yang lalu. Hari ini siling sekolah tersebut runtuh sebab kayu/papan dah reput dan kena makan anai-anai.20130218_173740

Para pemimpin kita Saudara Arutchelvan selaku ahli Majlis MPKj dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, YB Dr.Xavier (EXCO Negeri Selangor) dan YB Che Rosli (Ahli Parlimen Hulu Langat ) telah turun melawat tempat kejadian. Mereka  diiringi oleh En. Ponnusamy, ketua PIBG Ladang Sekolah Tamil Semenyih.

Bantuan segera yang diulurkan oleh kerajaan negeri adalah RM 60,000.00  – dana untuk membaiki bangunan sekolah tersebut.

Sebuah lagi sekolah yang menimpa masalah yang sama ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Dominion, di Jalan Kacau. Ia dibina 75 tahun dahulu!

20130219_133123

Masalah yang sama di hadapi iaitu ancaman  anai-anai. Pemimpin-peimimpin juga telah melawat sekolah ini pada hari yang sama. Kerajaan Negeri di bawah Pakatan menjanjikan bantuan dana sebanyak RM 30,000.00 untuk membaikpulih sekolah tersebut.

20130219_133631

Lebih daripada 450 murid-murid yang sedang belajar di kedua-kedua sekolah ini dan lebih kurang 400 murid-murid yang bakal belajar di sekolah ini bermanfaat dari bantuan dana yang di hulurkan oleh pihak Kerajaan Negeri.

Laporan oleh
Rajan
PSM Semenyih News Desk

ARUL, the Secretary General of Parti Sosialis Malaysia and a Human Rights Activist  will be offering himself as a candidate in DUN Semenyih in the GE 13.

SUPPORT AND VOTE for ARUL :  COMRADE OF THE RAKYAT ! YOUR EVERY VOTE FOR ARUL, IS A VOTE FOR YOUR RIGHTS !

http://www.youtube.com/watch?v=3pf4XrEsaaE&feature=youtube_gdata_player

Ceramah Perdana di DUN Semenyih

Posted: February 18, 2013 in GENERAL

ceramah perdana 21-2

Kempen Bersama Calon DUN Semenyih

Posted: February 18, 2013 in GENERAL
Tags: ,

17 Feb 2013, Ahad

Bermula dari pukul 8.00 pagi di Pasar Pagi Beranang dengan edaran risalah, berakhir dengan satu ceramah  di Taman Manickavasagam Semenyih, anjuran PKR. Program tersebut habis pada lebih kurang 11.30 malam – ‘election mood’ sudah ada tapi ‘election’ sahaja tak tahu bila mau mari! Sekarang ura-ura ialah pada bulan Jun. Asalkan bukan ’emergency’ yang di ‘declare’ cukuplah.

Bakal calon pilihanraya kami Saudara Arutchelvan untuk kerusi N24 Semenyih, yang juga  Setiausaha Agung PSM memang banyak stamina – walaupun saya letih sehari suntuk berjalan, tapi saudara Arul memang ‘steady’. Sebenarnya sesiapa pun boleh rasa ‘motivated’ dengan calon-calon pilihanraya Parti Malaysia Malaysia – Sdra Dr. Kumar, Dr. Nasir, Comrade Saras dan Arul  yang mempunyai motivasi  begitu tinggi untuk berkhidmat pada rakyat lebih dari 16 jam setiap hari tanpa lesu. Memang membanggakan ‘to be part of PSM’ – satu parti yang berprinsip, berani dan BERSIH.

DSCN9007

Respon Penduduk

Sehari sebelum saya ada menghadiri program Saudara Arul di Kampung Sri Tanjung di mana penduduk di sini amat selesa dengan Saudara Arul, cara mereka berinteraksi dan itu satu kemajuan yang amat ketara. Antara isu Taman Sri Tanjung ini telah di bantu oleh Saudara Arul ialah isu CF, kini kebanyakan taman perumahan sudah mendapat CF. Satu perubahan yang juga dinikmati oleh penduduk di Taman Pelangi dan Broga yang mendapat jalan bertar dan lampu jalan yang menjamin keselamatan mereka.

DSCN8998

Di Beranang, majoriti penduduk etnik Melayu-Muslim. Di kawasan ini memang kurang undi yang diterima oleh Sdra Arul pada tahun 2008. Namun apa yang kita lihat hari ini jauh lebih bagus dari segi tahap penerimaan wakil ‘opposition’, tak ada ‘hostility’ dan kita yang mengedarkan risalah rasa lebih selesa kerana tidak terasa asing. Ini, saya rasa kerana saudara Arul sebagai ahli Majlis Zon 18 yang juga mempunyai pusat khidmat di Rinching telah banyak membuat kerja di kawasan ini sejak 2008.

Selepas Beranang, kami mengedar risalah sambil jumpa penduduk di pekan Semenyih – lebih ramai orang yang kenal saudara Arul dan ‘volunteer-volunteer’ PSM – mereka terus berjabat tangan dan bertanya khabar. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk memberi aduan.

Kemudian, kami sambung memberi risalah di Semenyih Central – yang melucukan apabila kawan-kawan yang menyambut Tahun Baru Cina meminta ‘angpau’, saudara Arul terus berkata, ‘ambil angpau dari BN, beri undi pada Pakatan’ – “betul, betul, betul itu” begitulah respon ceria penduduk.

DSCN9040

Selepas makan tengahari, kami beredar pula ke Kampung Bharu di mana beberapa kawan-kawan di sana telah membawa kami melawat penduduk rumah ke rumah. Tahun 2008, aduan pertama mereka kepada saudara Arul ialah mengenai isu geran tanah – hari ini majoriti sudah dapat geran. Majoriti penduduk di sini beretnik Cina. Nampak Arul sahaja, mereka terus angkat tangan perjuangan mereka – ‘ini kali mesti menang, mesti menang’ – begitu tinggi harapan mereka untuk membawa satu perubahan dan semangat ini sangat penting untuk calon-calon kita bekerja kuat.

DSCN9019

Selepas itu, kita ada satu ceramah kelompok di hadiri oleh lebih kurang 60 orang di Kg. Sireh. Sebuah kampung yang telah mendapat ‘recognition’ atas usaha saudara Arul dan rakan-rakannya. MPKj pun tak kenal adanya satu Kampung Sireh, kini mereka sudah ada papan tanda, jalan bertar, pungutan sampah dan sebagainya.

Ceramah kecil-kecilan ini bertujuan memberitahu hasrat PSM mengenai pilihanraya ke 13.  Beberapa soalan penting telah diajukan oleh penduduk semasa ceramah kelompok ini, antaranya ‘jika kita mengundi opposition, kerajaan boleh tahuke?’ Menurut Sdra Arul, sejak pilihanraya 2008, nombor siri yang tertera di sebelah setiap nama pengundi tidak wujud lagi, maka government tidak boleh mengesan, lagipun undi adalah rahsia. Maklumat tambahan saudara Arul, polis dan askar pun boleh mengundi kali ini di depan kehadiran pihak pembangkang. Memang BERSIH telah membolehkan perubahan-perubahan ini.

Satu mesej saudara Arul semasa ceramah kelompok ini tentang logo PSM yang sangat menarik ‘ini adalah tangan perjuangan, bukan tangan yang meminta sedekah atau mengambil rasuah. Di mana-mana sahaja berlaku perjuangan rakyat, di situ setiap orang secara automatik akan menghayun tangan ke udara dengan tegas – itulah tangan perjuangan yang selama ini dan selama-lamanya akan membawa perubahan nyata’.

Letchimi

Logo PSMhari kebangkitan rakyat2hari bangkit rakyat1

Mesyuarat Bulanan MPP Zon 18

Posted: February 16, 2013 in GENERAL
Tags: ,

Mesyuarat MPP Zon 18 telah diadakan kali ke-2 untuk tahun ini seperti
biasa di Pejabat Ahli Majlis MPP Zon 18, pada 15hb.Februari 2013 pada
pukul 9 malam.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sdr. Arutchelan, selaku Pengerusi majlis mengalu-alukan kedatangan
wakil-wakil Persatuan penduduk untuk bulan ini dan beliau mengambil
kesempatan untuk memperkenalkan Puan Khaironi bt.Idris dari Jabatan
Penguatkuasa MPKj yang diundang khas ke mesyuarat ini untuk memberi
taklimat tentang fungsi dan peranan jabatan Penguatkuasaan MPKj kepada
para hadirin.

Mesyuarat juga membincang beberapa isu dan masalah semasa sepertiOLYMPUS DIGITAL CAMERA
prestasi kontraktor-kontraktor yang tidak memuaskan dan aduan-aduan
baru yang diungkitkan oleh para penduduk di kawasan MPP Zon 18.
Pengerusi juga memberi maklumbalas berhubung aduan-aduan yang
diutarakan semasa mesyuarat yang lepas serta mengambil aduan-aduan
baru dari ahli-ahli MPP Zon 18.

Mesyuarat  akan diadakan pada bulan hadapan pada masa dan tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Laporan oleh,
PSM Semenyih News Desk

BANTUAN TONG SAMPAH: DUN SEMENYIH

Posted: February 16, 2013 in GENERAL
Tags: ,

16 Feb 2013, 10.00 pagi, Semenyih

“Menguruskan JMB lebih susah dari uruskan kerajaan negeri….” begitulah saudara Arutchelvan  memberi semangat kepada ahli-ahli Jawatankuasa penduduk yang menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Tong Sampah Rumah Pangsapuri Kos Rendah DUN Semenyih anjuran MPP Zon 18 dan COB (Pesuruhjaya Bangunan) MPKj.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bantuan ini adalah atas usaha saudara Arutchelvan selaku ahli Majlis MPKj. Sebanyak 13 pangsapuri kos rendah telah dikenalpasti untuk menerima bantuan tong sampah ini yang ditaja oleh Kerajaan Negeri Selangor. Antara pangsapuri-pangsapuri tersebut ialah Tmn Bangi Jaya, Tmn Sri Tanjung, Bandar Seri Putra Bangi, Tmn Asa Jaya, Tmn Seri Mawar, Tmn Bukit Semenyih, Tmn Sunway Semenyih, Bandar Rinching Sek 5, Tmn Desa Mewah, Kg. Baru Cina. Lebih kurang 60 wakil penduduk (JMB/JMC) telah hadir, termasuk En. Azuwan dari COB.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAMajlis ringkas ini dipengerusikan oleh En. Karim selaku Pengerusi Rukun Tetangga Taman Sri Tanjung. Katanya dalam ucapan pembukaan, Sdra Arul telah banyak membantu selesaikan permintaan-permintaan penduduk Sri Tanjung – antaranya membina gelanggang bola tampar, parit untuk elakkan banjir di kawasan surau dan juga bantuan kewangan untuk membuat pelbagai aktiviti di Taman seperti sukan dan Ponggal.

OLYMPUS DIGITAL CAMERASaudara Arutchelvan, yang juga Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia dalam ucapan beliau juga menerangkan tentang tuntutan-tuntutan yang telah di bawa oleh PSM (dan JERIT) ke perhatian Kerajaan Negeri Selangor untuk meringankan beban penduduk di Pangsapuri Kos Rendah dari segi pembayaran cukai. Dua cukai perlu dibayar – cukai pintu dan cukai penyelenggaran berbanding penghuni rumah teres yang hanya bayar cukai pintu. Kerajaan Negeri Selangor faham bahwa kebanyakan penduduk di flats adalah golongan berpendapatan rendah, maka cukai pintu dikurangkan 25% sejak Oktober 2012. Menurut Sdra Arul lagi, pihak MPKj juga telah bersetuju untuk menolong memotong rumput, membersih longkang dan sebagainya jika  JMB/JMC tak mampu.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAKatanya lagi, kerajaan Negeri Selangor juga mempunyai Skim Ceria untuk tujuan penyelenggaran pangsapuri – 80% dibayar oleh kerajaan negeri dan 20% oleh penduduk. Ini berbeza dari Skim Ceria di bawah kerajaan Perseketuan dimana kerajaan hanya menanggung 50%.

Majlis tamat dengan pemberian 20 tong sampah besar. Beberapa wakil penduduk telah ditemuramah oleh Media PSM untuk memahami sejauh mana  cabaran pihak JMB/JMC menguruskan pangsapuri masing-masing.

DSCF7264Menurut Puan Umi Khaltom, wakil pengerusi Flat Sri Tanjung, mereka hanya ada 2 tong sampah untuk 2 blok dengan 270 unit rumah, jadi memang mereka perlukan lebih banyak tong sampah agar pembuangan sampah lebih terurus. Mereka juga menjalankan gotong-royong 2 minggu sekali dan Puan Umi sangat bangga dengan usaha JMB kerana persekitaran di jaga dengan baik. Manakala Puan Rogayah, setiausaha flat Taman Bangi Jaya berkata, “kami tak ada tong sampah, tempat pembuangan sampah kami terbuka, ada banyak tikus dan nyamuk. Pernah ada kes denggi di sini. Cabaran terbesar, penduduk rumah teres membuang sampah-sampah pukal mereka di tempat kami. Baguslah hari ini kami dapat 2 tong sampah besar dan kami juga jalankan gotong-royong sebulan sekali”

En. Suresh dari Flat Sri Permai (2 blok – 124 unit rumah) berkata sejak beliau ambil alih OLYMPUS DIGITAL CAMERA

JMB pada tahun 2009, tak ada kes denggi dilaporkan. Mereka sudah ada 2 tong sampah dan hari ini mendapat 2 lagi. Wakil Flat Sri Mawar, En. Tamilselvam mengadu masalah yang sama seperti wakil-wakil lain iaitu, ‘sampah dari luar yang dibuang oleh jiran-jiran dari rumah teres terlalu banyak, jadi berapa banyak tong sampah ada pun, tak cukup juga!’

Jadi, wajarlah pandangan Saudara Arul, memang satu cabaran besar menyelenggara DSCF7269pangsapuri rumah kos rendah terutama jika penghuni bukan pemilik rumah. Mungkin kerajaan tempatan harus ambil alih penyelenggaran seperti mana diamalkan di Singapura.

Laporan oleh,
PSM Semenyih News Desk

CHERISHING THE  DENUDIN ESTATE WORKERS FREE HOUSES VICTORY
8 February 2013

This morning 24 plantation workers from Ladang Denudin signed a historical agreement with Inch Kenneth Kajang Public Limited Company paving a way for free terrace houses to be built for 22 former harvesters and field workers from the estate. The workers most of them were above the age of 50 and they range from the youngest among them aged 33 till the oldest at 79.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Each one of them signed four pieces of document in front of Inch Kenneth representative Hussain Kadir and myself, PSM’s Secretary General as well as Kajang Councillor. The agreement signing was held at my Semenyih office. They signed with various styles; some with shaky hands, some with blurred eyesight and some just scribbling something. They all had a smile in their face as one of their biggest headache – in getting a permanent house has been resolved.

This agreement was indeed fast. I have never come across a settlement agreement in housing which just took less than 2 years to conclude. Most housing struggle for plantation workers takes at least a decade to be solved. Even that is only after court battles, fighting gangsters, blockade, demonstrations and going to lock-ups, among some of the actions.

Credit to this settlement besides to the workers, PSM and CDC activist, should also go to the PR Selangor State Government as well as to Inch Kenneth who was quite forthcoming in resolving the issue. Both these parties played an important role in addressing the key issue which is housing for the estate workers and resolving it.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

In May 2011, Inch Kenneth which was managed by Golden Hope and then later by Sime Darby handed termination notices to the last remaining 9 harvesters in the estate. They agreed to pay them retrenchment benefits as well as ex-gratia. The amount did not come much. The workers demands were that they should be given a permanent house and relocation to their temples and church.
Inch Kenneth went further to sell the land to UEM and were quite confident of resolving the workers housing issue. They thought that the workers were ready to take some compensation and leave. They failed to grasp the issue that the main settlement and question in hand is housing . Where are these people going to go?
They were initially trying to pay off the 9 workers a higher sum of compensation. On one occasion they came with the BN State Assemblyman Johan with cheque book ready. The workers were not ready to be bought over. Inch Kenenth attempt to get vacant possession further failed when Selangor State Government especially its Plantation Exco YB Xavier jayakumar refused to sign the land conversion under the Estate land Board unless housing for the workers are resolved. Inch Kenneth were then trying to convince the workers to take a bigger sum of compensation and find housing outside.

denudin4
On the workers demand, we were fighting for houses for 21 families including those who have retired but still staying in the estate awaiting a permanent solution to their housing issue. Meanwhile the new owner UEM attempt to do soil testing in the area failed when workers stopped the new owners work. The workers then erected signboard 100 meters surrounding their houses stopping all work within this area. UEM frustrated with this then took Inch Kenneth to court. UEM also in a meeting at YB Xavier office revealed that Inch Kenneth does indeed have another 14 acres of land nearby and demanded that Inch Kenneth built houses for their workers there. It was then did Inch Kenneth work seriously on solving the issue by finally building  houses in their land.
The agreement then was prepared by Inch Kenneth lawyers while workers lawyer K.Arumugam helped to consolidate the workers demand. The final agreement signed today was a pretty fair deal. The workers can stay in the current house without any disturbance until the new houses are being built. The workers will not incur any cost as all cost will be borne by the company. Inch Kenneth will also ensure proper roads and other infrastructure to be built. They will also provide land for the construction of temple and church.. Meanwhile a buffer zone of 150 meters from the workers line side will be observed and UEM will not be allowed to use the current 2 main roads used by the ex-workers, for their construction work. A full settlement agreement for the house (S&P) will be signed in 3 months time to seal the agreement.
If all disputes can be resolved so easy, wouldn’t live be easier. It is because of this that the PSM is working hard with other plantation groups to get the Selangor State Government to enact laws to protect the plantation workers when the estate goes for development. Currently the Selangor State Government has formed a task force to look into these issues in to enact laws to protect plantation workers facing evictions.
Many workers held my hand tightly when they thanked me for resolving this issues. It was without a doubt, the four generation of sacrifice of their fore-mother and fathers, added with their own generation’s resolution to fight for a house which resulted in this victory. I remember 23 years ago, when I first step into this estate as a student from UKM belonging to a group of dedicated students fighting for the well being of estate workers then called JKMI( later it became the backbone to form CDC, JERIT as well as played a key role in forming PSM. ).

denudin 5
I remembered we erected a tent in the middle of the estate and stayed in it. The Estate management then refused to allow us to do a program in the estate while the estate workers were afraid to allow us to stay in their houses. We built a tent and stayed in it. Soon some workers came to offer us food and refreshments. During that short time, we took the opportunity to do education program for their children. That night the police came with the instruction of the estate Management to evict us. To our surprise, many workers came to our aid. They told the police that they invited us and we on our end, said that we will only leave if the estate workers tell us to leave, not the plantation owners. The police left when the workers stood by us.
Since then we have worked hand in hand with the estate workers. I remember involving with a strike when water was disrupted and on wage disputes. It has been a long road. Victory such as this keeps us going and enforces our commitment that there is no short cuts rather than empowering the workers to fight for what is rightfully theirs.
S.Arutchelvan 135 pm 9-1-2013