Archive for October, 2015

Hari ini, 28/10/2015, sekumpulan kecil pekerja, orang asal, anak muda, petani, peternak dan rakyat biasa turun ke Parlimen untuk protes kesanggupan menteri-menteri dan wakil-wakil rakyat di bawah pimpinan Najib Razak menjual kedaulatan negara kepada imperialis Amerika Syarikat.

Walaupun rakyat membantah Perjanjian Perdagangan Antrabangsa atau The Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) ia langsung tidak dihiraukan, malah Najib sudah pun mengumumkan bahawa Malaysia secara prinsipal bersetuju dengan TPPA dan salah seorang Menterinya pula menyahut bahwa mereka tidak perlu endorsement dari Parliment untuk menandatangani perjanjian ini. Sungguh angkuh!

PSM yang menjadi penganjur utama protes hari ini, bergiat aktif dalam kempen ini sejak 5 tahun lalu, malah telah membuat beberapa ROADSHOW di buat untuk menyedarkan rakyat tentang apa itu TPPA. Namun ramai kurang faham implikasinya.  

Kawan-kawan, ini adalah satu bentuk JAJAHAN. Kalau ekonomi sudah dijajah, apa lagi yang ada? Kita beri kelonggaran 100% untuk negara-negara Maju berniaga di negara ini dan jika ada sebarang regulasi atau undang-undang yang mempertahankan hak penduduk Malaysia atau memberi keistimewaan tertentu sehingga menjejaskan keuntungan pihak syarikat tersebut yang buat business di sini, Kerajaan Malaysia boleh di saman di Mahkamah!

Betapa besar teknologi, keupayaan kewangan dan sumber bahan mentah di tangan kapitalis antarabangsa, mana boleh peniaga-peniaga Malaysia melawan. Tapi mungkin kronisme nasional akan kurang, tak perlu bagi kontrak pada syarikat-syarikat tempatan yang korup dan tiada kemahiran. Sebenarnya PSM lebih risau dengan peniaga-peniaga kecil dan sederhana yang akan hilang punca pendapatan. GST cukup membebankan rakyat apatah lagi dengan kenaikan harga gas,letrik, petrol, tol, tambang kenderaan awam, barang-barang keperluan asas, perubatan dan sebagainya, Inikan nak bebankan rakyat dengan TPPA pula!. Gaji minima hanya dinaikkan RM100 dan itupun hanya akan dilaksanakan Julai tahun depan. Ramai graduan-graduan baru tak dapat kerja dan ramai tak dapat beli rumah. Bermacam-macam masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Rakyat sangat marah! Inikan nak bawa TPPA lagi.

Yang hadir protes hari ini walaupun kurang tapi mereka adalah kumpulan masyarakat yang sedar!

11140092_10153376817449317_3104712862975022667_n 12047002_10153376817009317_1673409283736395795_n 12063482_919799304724212_8884208014850920289_n Polis pada mulanya enggan membenarkan kami mendekati Parlimen, selepas perundingan akhirmya polis bagi sedikit laluan. Memang geram betul dengan sikap pemerintah yang langsung tak hormat rakyat biasa sedangkan mereka duduk di Parliment di sebabkan rakyat mengundi. 5 tahun sekali barulah mereka sujud kaki pengundi, oops bukan sujud, ‘rasuah’ dengan ‘goodies’.12065640_10153376817849317_250539163473354842_n 12182126_1048221261855447_2114264333_n 12188342_1048264445184462_1872049695_n 12190989_10153705593958713_4983604799262275202_n

Satu-satunya ahli Parliment Sg. Siput, Dr. Jeyakumar Devraj yang sentiasa membawa isu rakyat ke Parliment dari isu Petani di usir paksa hingga ke pekerja tidak di bayar gaji. Walaupun ramai ahli Parliment DAP dan PKR yang keluar menerima memorandum, saya pasti hanya Dr. Kumar shj yang akan mengambil serius tuntutan rakyat dan menyuarakannya di Parliment. Lebih memalukan tak ada seorang pun wakil rakyat BN yang sudi menerima Memorandum hari ini. Begitu angkuh sekali! Mereka duduk di kerajaan hanya untuk kepentingan masing-masing, apa kesah dengan tuntutan atau keluhan rakyat!

12191502_10153376818249317_4408504650838818900_n 12191673_10153376817754317_5370106638329528824_n 12196001_919799818057494_3950163894040499326_n 12196242_10153705594463713_7379156133797143426_n 20151028_12164420151028_12150612191039_10153376816709317_6250731236821039239_n

28HB.OKTOBER, 2015

MEMORANDUM

KEPADA

YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA 

PENGERUSI KELAB PENYOKONG KERAJAAN

(BACKBENCHERS CLUB)

KETUA PEMBANGKANG

BANTAH TPPA DAN KOS HIDUP RAKYAT

Sesi Parlimen yang telah bermula pada bulan Oktober, 2015 ini adalah amat penting kerana ianya akan memperlihatkan kewibawaan pihak Kerajaan dan juga Ahli Parlimen Pembangkang untuk memulihkan semula cabaran ekonomi, politik dan sosial yang sedang dihadapi oleh Negara kita.

Kami menyeru kepada Ahli  Parlimen Kerajaan dan juga pihak pembangkang untuk:

  1. BANTAH PERJANJIAN TRANS PASIFIK PARTNERSHIP AGREEMENT (TPPA)

Kami amat terkejut apabila YAB Perdana Menteri memaklumkan dalam teks ucapan bajet 2016 nya bahawa Malaysia telah bersetuju secara prinsip kepada TPPA !

Walaupun sejak tahun 2010, rakyat biasa dan pihak NGO telah menyatakan bantahan terhadap TPPA serta mengutarakan keburukannya terhadap rakyat, namum amat mengecewakan bahawa kerajaan masih berpendapat ianya baik untuk Negara.

Menteri MITI memaklumkan bahawa teks perjanjian ini akan dibentangkan di Parlimen untuk didebat oleh Ahli Parlimen pada masa terdekat ini. Selepas perdebatan ianya akan ditandatangani oleh Kabinet dalam bulan Januari, 2016.

Justeru itu , kenapa YAB Perdana Menteri ‘menerima secara prinsip’ sebelum menilai hujah debat Parlimen dan mengkaji analysis kos manfaat ( Cost benefit Analysis) ?

Ahli Parlimen mungkin akan dimaklumkan bahawa Malaysia telah berjaya memperolehi pelbagai konsesi dan kelonggaran dalam terma-terma perjanjian TPPA ini, tetapi kami pasti secara keseluruhannya pihak Kerajaan akan terikat tangannya jika TPPA ditandatangani .

Pihak MITI pun sedar bahawa, mereka hanya berjaya menangguhkan tempoh masa untuk Malaysia mengikuti regulasi dan disiplin yang dituntut oleh TPPA ini. Ini bukan satu kejayaan. Ini hanya satu perkara untuk menangguhkan masa sebelum Negara kita dibawa ke tali gantung!

Malaysia masih terikat dengan sistem perundangan Investor State Dispute Settlement (ISDS) yang memberi hak kepada pihak pelabur meyaman Kerajaan Malaysia jika perubahan polisi dan perundangan dilaksanakan yang berkemungkinan menjejaskan keuntungan pelabor asing.

Elemen peningkatan tempoh paten ubat masih wujud. Harga ubat baru (atau yang didaftarkan sebagai sebuah penemuan baru) akan meningkat tinggi, menafikan kemasukan ubat generik yang lebih murah kepada pesakit-pesakit kritikal.

TPPA membenarkan syarikat ubat, korporat gergasi farmaseutikal mendesak penambahan tempoh paten jika terdapat ‘kelewatan dalam proses pendaftaraan ubat. Ini adalah  penambahan dari 20 tahun tempoh paten yang terjamin untuk mereka mengaut keuntungan.

“Patent Term Adjustment: Article QQ.E.14  IP chapter provides for the extension of patents beyond the WTO standard of 20 years, enabling drug companies to press for a patent on grounds of the need to be “compensated” for any “unreasonable” time a national drug authority or patent office takes to examine or approve an application”. 

Begitu juga dengan penambahan tempoh penyimpanan data ekslusif.

Biologics Exclusivity: Article QQ.E.20 relates in the final IP chapter to the Data Exclusivity of the new generation of ‘biologics’ medicines (medicines derived from proteins isolated from pants, animals and micro-organisms) that have been developed to treat human diseases and conditions, such as vaccines, cancer medicines and therapies such as insulin.

The final compromise, as reflected in Article QQ.E.20 of the IP chapter, provides for TPPA countries to provide either 5 years (market exclusivity counting from the date the biologic is approved in the country concerned) or 8 years (from the date the biologic is approved in the country concerned).”

Sektor perkhidmatan domestic juga akan terbuka luas untuk diambil alih oleh syarikat-syarikat gergasi besar dari Amerika dan Negara-negara TPPA yang lain.

Ruang regulasi dan polisi membantu rakyat Kerajaan akan terikat, apabila segala perlindungan kepada peniaga tempatan terpaksa diruntuhkan selepas suatu tempoh masa. Layanan samarata tanpa membezakan peniaga kecil/sederhana tempatan dan syarikat gergasi luar Negara terpaksa diakuri dalam perjanjian TPPA.

Selain daripada yang disebut diatas , jika TPPA ditandatangani maka ;

–          Liberalisasi sector pertanian , menjejaskan ekonomi pertanian tempatan

–          Kemungkinan kemasukan produk pertanian yang diubahsuai secara genetic(genetically modified)

–          Kawalan ketat oleh syarikat korporat besar yang memegang hakmilik kepada paten benih pertanian, merampas kuasa para petani untuk menyimpan dan meneruskan pertanian.

–          Kebolehan syarikat seperti Monsanto yang menyaman petani jika, perundangan hakmilik paten benih ini dilanggari .

Maka, terdapat pelbagai lagi kekangan yang akan dihadapi oleh Negara jika kita dikorbankan dalam perjanjian TPPA. MITI hanya berjaya menangguhkan penderitaan yang akan bakal menimpa kita. Jika TPPA ditandatangani maka MITI akan gagal dalam mengekalkan kedaulatan Negara kita dan juga kesejahteraan rakyat.

  1. MANSUHKAN CUKAI GST

Pihak Kerajaan tidak boleh menafikan peningkatan indeks harga penguna (Consumer Price Index) sejak GST diperkenalkan pada bulan April, 2015 yang lalu. Sehingga kini pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Penguna GAGAL mengawal peningkatan harga barangan yang sedang meningkat secara mendadak.

Pihak Kastam Diraja Malaysia juga tidak menafikan bahawa kebanyakkan peniaga tidak membuat penyelarasan harga dengan menolak 10% kadar cukai SST dulu sebelum menambahkan kadar cukai 6% GST yang baru. Ini menyebabkan peningkatan harga barangan yang mendadak.

Cukai GST ini walaupun telah meningkatkan pendapatan kerajaan namun ia telah mengurangkan kuasa beli rakyat biasa dan telah mengurangkan pendapatan benar rakyat biasa.

Sebenarnya, Kerajaan boleh memperoleh penjimatan yang lebih tinggi daripada jumlah kutipan GST dengan hanya mengurangkan korupsi dalam kerajaan. Dengan cara ini juga  kerajaan boleh mansuhkan Cukai GST demi mengurangkan beban rakyat.

  1. HENTIKAN PENINGKATAN HARGA TOL & HAKMILIK NEGARA KAN PENGURUSAN LEBUHRAYA.

Penswastaan dan pemberian konsesi kepada syarikat swasta untuk membina lebuhraya dan mengutip tol tidak berkesudahan. Sejak tahun 1990an lagi, rakyat dijanjikan bahawa kita perlu membayar untuk kemudahan lebuhraya ini untuk seketika sehingga tamatnya konsesi dengan swasta. Kini, pembinaan lebuhraya dan pengutipan TOL menjadi suatu perniagaan yang lumayan bukan perkhidmatan prasarana. TOL semakin mahal dan berterusan!

Maka, Kerajaan harus memilik negarakan lebuhraya dengan segera, agar tiada peningkatan  dalam kadar tol. Kemudahan jalanraya dan pengangkutan awam adalah tanggungjawab sesebuah Kerajaan, ianya bukan suatu sektor bisnes untuk mengaut keuntungan.

  1. TINGKATKAN GAJI MINIMA SEKARANG

Kami membantah tindakan YAB Perdana Menteri yang hanya meningkat Gaji Minima sebanyak RM 100. Apa signifikan RM 100 ini apabila harga barangan meningkat tanpa kawalan. Malah pekerja di Sabah & Sarawak pula diberi gaji minima yang lebih rendah dari Semenanjung Malaysia. Diskriminasi sebegini kami membantah dengan sekeras-kerasnya. Kami menuntut pihak kerajaan laksanakan Gaji Minima RM 1500 dan Gaji Minima ini diselaraskan di Semenanjung dan Sabah & Sarawak.

  1. JEREBU- BAWA PENJENAYAH ALAM SEKITAR KE MUKA PENGADILAN

Sejak tahun 1990an, jerebu malanda Malaysia dan juga kawasan sekitar rantau ini. Kerajaan juga tidak boleh menafikan bahayanya jerebu ini yang memudaratkan kesihatan rakyat. Walaupun beberapa jawatankuasa tindakan khas , dan jawatankuasa bersama Indonesia telah diwujudkan sejak dulu lagi , kenapakah masalah jerebu ini tidak dapat ditangani dan ianya menjadi suatu peristiwa tahunan?

Rakyat sudah bosan dengan kejadian jerebu setiap tahun yang menjejaskan kehidupan seharian rakyat biasa dan memudaratkan kesihatan rakyat.

  1. LANCARKAN TABUNG PEMBERHENTIAN KERJA DENGAN SEGERA

Statistik Jabatan Tenaga Kerja Kementerian Sumber Manusia melaporkan bahawa dari 2003 hingga 2012 (10 tahun) sebanyak 7,130 majikan telah memberhentikan 222,986 orang pekerja.Daripada sejumlah RM1.67 billion yang sepatutnya dibayar oleh majikan kepada pekerja (gaji tertunggak dan bayaran Gantirugi Henti Kerja) hanya RM1.27 billion sahaja yang dibayar kepada pekerja .

Maka sejumlah RM397.45 juta wang pampasan tidak dibayar kepada pekerja , iaitu purata RM39.7 juta gagal dibayar setahun oleh majikan. Purata 31.4% pekerja yang hilang kerja atau diberhentikan kerja tidak dibayar pampasan oleh majikan kerana mereka ‘lari’ bankrap,gulung tikar atau tiada sumber kewangan.

Maka kami menuntut Tabung Pemberhentian Kerja bertujuan mewujudkan keselamatan atau jaminan bahawa pekerja akan menerima Gantirugi Henti Kerja (Employment  Termination Lay off Benefits ) seperti mana yang diperuntukkan dalam Akta Kerja  1955.

 

Maka kami rakyat biasa dan juga organisasi masyarakat menuntut kepada pihak Kerajaan dan juga Ahli Parlimen Malaysia untuk mengambil tindakan segera:

  1. BATALKAN KOMITMEN TERHADAP TPPA
  2. MANSUHKAN CUKAI GST
  3. HENTIKAN PENINGKATAN TOL DENGAN SEGERA DAN MILIKNEGARAKAN SEMUA LEBUHRAYA
  4. TINGKATKAN GAJI MINIMA KEPADA RM 1500
  5. AMBIL TINDAKAN SEGERA MENANGANI MASALAH JEREBU
  6. TABUNG PEMBERHENTIAN KERJA

Kempen Tabung Pemberhentian Kerja di lancarkan oleh Biro Pekerja, Parti Sosialis Malaysia pada 22 October 2015. PSM juga edar risalah mengenai Tabung Pemberhentian Kerja di 16 kawasan. Ini adalah untuk menyiapkan tabung untuk pekerja yang akan menjadi mangsa krisis ekonomi.

10453316_541973359295259_9036161521291201086_n 12106703_1029807397049520_9221965065916294233_n 12122564_1029457910417802_7460302602713397085_n

IMG-20151026-WA0000images
Lebih 10,000 pekerja hilang pekerjaan dari Jan – Jun 2015.

IMG-20151027-WA0025
Aktivitis-aktivis PSM Kajang edar risalah sambil pegang banner untuk tarik perhatian pegunjung-pengunjung Pasar Malam Cheras Perdana

21 Oktober 2015 – BAJET 2016 – WARGA PEKERJA MENUNTUT TABUNG PEMBERHENTIAN KERJA
Apa itu Tabung Pemberhentian Kerja ?

Tabung pemberhentian kerja merupakan sebuah tabung khas yang dibentuk untuk membantu para pekerja yang dihentikan kerja akibat syarikat yang muflis, pengurangan pekerja ataupun akibat perpindahan majikan ke luar Negara atau juga semasa wujudnya krisis ekonomi .
Ianya dibentuk atas dasar keselamatan social (social security), dimana warga pekerja dilindungi dengan suatu skim yang memastikan bahawa sumber pendapatannya tidak tergendala disebabkan oleh faktor-faktor diluar kawalannya.

Keadaan Kini
Statistik Jabatan Tenaga Kerja Kementerian Sumber Manusia melaporkan bahawa dari 2003 hingga 2012 (10 tahun) sebanyak 7,130 majikan telah memberhentikan 222,986 orang pekerja. Daripada sejumlah RM1.67 billion yang sepatutnya dibayar oleh majikan kepada pekerja (gaji tertunggak dan bayaran gantirugi Henti Kerja) hanya RM1.27 billion sahaja yang dibayar kepada pekerja.

Maka sejumlah RM397.45 juta wang pampasan tidak dibayar kepada pekerja, iaitu purata RM39.7 juta gagal dibayar setahun oleh majikan. Purata 31.4% pekerja yang hilang kerja atau diberhentikan kerja tidak dibayar pampasan oleh majikan kerana mereka ‘lari’ bankrap, gulung tikar atau tiada sumber kewangan.

Kenapa wujudnya keadaan dimana majikan tidak membayar;
1. Majikan bankrap: Dalam keadaan dimana majikan bankrap, sumber pendapatan pekerja tergendala secara tiba-tiba dan kemungkinan pekerja akan memperolehi tunggakan gajinya dan pampasan pemberhentian kerja sepertimana yang diperuntukan dalam Akta Kerja 1955 juga adalah amat tipis. Syarikat yang muflis akan membayar pemiutang mengikut Akta Syarikat 1965 selepas ianya dicairkan aset-asetnya.Mengikut Akta Syarikat 1965 – gaji dan pampasan pekerja diklasifikasikan sebagai pemiutang yang tidak bercagar (unsecured creditors).
Secara amnya, orang keutamaan yang tersenarai di bawah seksyen 292 Akta Syarikat 1965 yang akan menerima pembayaran adalah seperti berikut :
– Kos dan perbelanjaan penggulungan syarikat termasuk kos yang dicukai oleh pempetisyen
– Gaji Pelikuidasi (liquidators)
– Kos-kos audit yang telah dijalankan
– Pampasan pekerja yang tertunggak di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebelum permulaan penggulungan syarikat

Gaji pekerja dan sebagainya.
Justeru itu para pekerja kebanyakkannya hanya ditinggalkan dengan suatu keputusan Mahkamah Buruh yang mengarahkan pihak majikan membayar pekerja ,tetapi kemungkinan keputusan itu akan dilaksanakan adalah amat tipis kerana pengurus harta yang mencairkan syarikat itu tidak ada duit lebih selepas membayar pemiutang yang bercagar (secured creditors).
Contohnya, pada akhir tahun 2008, seramai 1000 lebih pekerja tiba-tiba diberhentikan oleh syarikat Nikko Electronics Bhd di Penang. Pekerja telah merayu kepada pihak Kerajaan membantu memandangkan majikan gagal membayar pampasan dan gaji pemberhentian kerja.
Pada tahun 2002, sebuah syarikat plywood CHG Plywood, Cheras telah melewatkan pembayaran gaji pekerja mereka. Keadaan ini telah berterusan sehingga 2007, apabila akhirnya syarikat memberhentikan para pekerjanya . Kes telah difailkan di Jabatan Buruh , Bangi dan pekerja berjaya mendapatkan perintah untuk mendesak syarikat membayar gaji dan pampasan. Selepas beberapa rundingan , majikan hanya bersetuju membayar 35% sahaja dari jumlah yang sepatutnya dibayar kepada pekerja. Malangnya CHG Plywood terus diisthiharkan bankrap dan sehingga kini para pekerjaya gagal mendapati apa jua gantirugi daripada syarikat.

Pemberhentian kerja apabila krisis ekonomi
Pemberhentian pekerja juga sedang menjadi amat ketara dalam keadaan ekonomi Negara dan dunia yang tidak menentu sekarang ini dengan kejatuhan harga minyak.
Laporan Wall Street Journal pada April, 2015 melaporkan bahawa dengan penurunan harga minyak mentah dunia, kebanyakkan syarikat dalam industri eksplorasi minyak dan juga penghasilan minyak mengumumkan perancangan untuk menghentikan sebanyak 100,000 pekerja diseluruh dunia . Sebanyak 91,000 akan dilaksanakan terutamanya dikalangan pekerja pelantar minyak dan syarikat pengerudian minyak. Kelembapan sektor ini juga akan menyebabkan banyak lagi industri sampingan yang bergantungan kepada sektor ini terpaksa juga menghentikan pekerja untuk menampung peningkatan kos.

Tujuan
Tabung Pemberhentian Kerja bertujuan mewujudkan keselamatan atau jaminan bahawa pekerja akan menerima Gantirugi Henti Kerja (Employment Termination Lay off Benefits 1960) seperti mana yang diperuntukkan dalam Akta Kerja 1955.
1. Gantirugi yang dijamin dibawah Akta Kerja 1955 dan faedah-faedah statutori berikut:
a) 10 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat kurang daripada 2 tahun;
b) 15 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat selama2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun; atau
c) 20 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat 5 tahun atau lebih dan dikira pro-rata mengenai tempoh yang tidak genap setahun, mengikut genap bulan yang hampir sekali.

Tabung Pemberhentian Kerja ini akan membayar pekerja amaun yang pekerja berhak diterima seperti diatas apabila majikan yang muflis gagal membayar pekerja. Selain dari bayaran gantirugi demi mengelakkan kejadian kemiskinan tehadap keluarga itu, maka elaun bulanan dari sebuah tabung pemberhentian kerja juga adalah amat perlu .

Elaun bulanan dari tabung ini akan terus diberikan kepada pekerja dan akan memastikan bahawa pekerja itu dapat menyara kehidupannya seperti biasa sehingga berjaya mencari pekerjaan yang baru . Bantuan ini untuk memastikan keluarga pekerja itu tidak terjerumus dalam kancah kemiskinan dan terjerat dengan pinjaman dan masalah ‘Ah Long’.
ILO dengan jelas menyatakan bahawa “Pada masa pengangguran meningkat diseluruh dunia, apabila kegawatan ekonomi berlaku , skim perlindungan sebegini terbukti lebih penting untuk membantu individu dan rumah tangga menjamim keperluan asas kehidupan dan pada masa yang sama menstabilkan permintaan purata ( aggregate demand)”. Maksudnya selain daripada membantu pekerja yang terbabit, bantuan dari tabung ini akan mencetuskan peningkatan ekonomi domestik.

Justeru itu PSM mencadangkan Kementerian Sumber Manusia dengan segera perlu melancarkan sebuah tabung khas sebagai Tabung Pemberhentian Pekerja seperti berikut ;
1. Kerajaan dengan segera wujudkan sebuah Tabung Pemberhentian Pekerja Khas untuk pekerja yang langsung tidak dapat bayaran gantirugi apabila syarikat bankrap.
2. Bayaran dalam masa 30 hari selepas tarikh pemberhentian kerja.
3. Tabung ini harus dikendalikan oleh SOCSO.
4. Tabung ini dimulakan oleh dengan sumbangan Kerajaan, diikuti sumbangan bulanan majikan & pekerja.
5. Latihan semula kepada pekerja yang dihentikan kerja oleh Pusat Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).
6. Bayaran elaun sara hidup bulanan sebanyak 80% dari gaji terakhir pekerja setiap bulan selepas tamatnya tempoh gaji yang dapat dibiayai oleh gantirugi henti kerja , jika pekerja masih belum mendapat kerja baru.
7. Kerajaan/Bank Negara mengarahkan bank swasta supaya mengarahkan penangguhan bayaran pinjaman rumah pekerja untuk sekurang-kurangnya 6 bulan diikuti dengan penjadualan semula bayaran ansuran pinjamannya.
8. Pekerja migran harus diberikan gantirugi mengikut gaji yang sepatutnya dia dapat sehingga tamat kontrak kerja .

PADA HARI INI 21HB.OKTOBER 2015, PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM) MELANCARKAN KEMPEN INI UNTUK MENDESAK PIHAK KERAJAAN UNTUK MENUBUHKAN TABUNG INI DENGAN KADAR YANG SEGERA

Forum telah berjalan lancar. Pihak penganjur amat puas hati dengan kehadiran 30 wakil dari 11 Flat Pangsapuri Kos Rendah yang terletak di kawasan Kajang, Semenyih, Cheras dan Dusun Tua. Isu yang diutarakan oleh wakil-wakil secara amnya mengenai ‘maintenance’ dan kegagalan tuan rumah membayar yuran penyelenggaran. Kebanyakan flat rumah kos rendah yang diduduki oleh Tuan Rumah, kurang dari 20% biasanya menghadapi masalah ini. Ada juga permintaan untuk PSM melawat flat-flat tertentu kerana masalah maintenance yang teruk. Ini membuat kita berfikir, ‘apakah rumah kos rendah yang sepatutnya di peruntukkan untuk golongan berpendapatan rendah, sebaliknya di beli oleh mereka yang kaya dan tujuan membeli pula, untuk menyewakan kepada orang miskin! IMG-20151019-WA0034

IMG-20151024-WA0054 IMG-20151024-WA0056

Dimaklumkan dalam mesyuarat bahawa Akta Pengurusan Strata 2013 membolehkan Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) untuk mengambil tindakan terhadap Tuan Rumah yang gagal membayar yuran penyelenggaran. Cadangan dari PSM, sekiranya tugasan saman Tuan Rumah adalah berat dari segi kewangan mahupun kemampuan maka pengurusan Pangsapuri Kos Rendah harus diambil alih oleh Majlis Perbandaran. Memandangkan mereka ada kepakaran dan kewibawaan. Pengambilalihan ini akan memastikan penyelenggaran flat kos rendah terjamin.

IMG-20151024-WA0058 IMG-20151024-WA0059 IMG-20151024-WA0067 IMG-20151024-WA0068 IMG-20151024-WA0069

Pihak PSM juga meminta pandangan tentang 3 jenis cukai yang dipaksa ke atas flat kos rendah – cukai pintu kepada Majlis Perbandaran untuk tujuan kutip sampah, cukai tanah – walaupun mereka tak ada tanah! dan yuran penyelenggaran yang dibayar kepada JMB. Memang membebankan. Beberapa wakil mengadu masalah tiada tong sampah dan MPKj tak kutip sampah ikut masa. Ada juga flat yang langsung tak ada jawatankuasa untuk uruskan isu-isu yang dihadapi oleh penghuni. Kebanyakan Pangsapuri Kos Rendah tidak ada Dewan Orang Ramai atau Bilik Komuniti.

PSM mencadangkan cukai penyelenggaran di batalkan. Cukai pintu mungkin boleh dinaikkan sedikit dengan jaminan Majlis Perbandaran mengambil alih pengurusan Flat-flat Kos Rendah dan memastikan segala kemudahan asas disediakan.

IMG-20151024-WA0073 IMG-20151024-WA0074 IMG-20151024-WA0075 IMG-20151024-WA0078

Ada juga pandangan dari wakil-wakil bahawa bil elektrik bagi kegunaan umum seperti lampu jalanan harus di sertakan bersama dalam bil setiap penghuni/rumah supaya beban JMB kurang.

Forum tamat dengan keputusan satu memorandum akan disediakan dengan cadangan-cadangan yang diutarakan. Memorandum perlu disemak oleh setiap Jawatankuasa yang hadir atau tidak hadir sebelum ia diserahkan kepada pihak terbabit. PSM amat berharap cadangan-cadangan ini diteliti oleh kerajaan tempatan kerana pihak penduduk flat kos rendah sudah lama merana.

Sebuah kerajaan prihatin perlu  memastikan kesejahteraan rakyat yang berpendapatan rendah khususnya,diutamakan.

Roadshow Hulu Langat: Aksi PSM Kajang

Posted: October 26, 2015 in GENERAL

IMG-20151022-WA0034

Pada 23, 24 dan 25 October PSM cawangan Kajang bersama cawangan Semenyih, CDC dan komrad-komrad lain telah bersama-sama menjalankan program Road Show kali ke 2 di kawasan Hulu Langat. Risalah-risalah berkaitan isu2 rakyat seperti bantah cukai GST, Bantah TPPA dan aksi di Parlimen pada 28-10, tuntutan Gaji Minima RM1500, kempen menuntut Tabung Pemberhentian Kerja, bantah kenaikan tol, dan juga bantah Akta Hasutan telah diedarkan sebagai bahan bacaan dan kesedaran awam. Roadshow ini juga bertujuan memperkenalkan Sosialisme dan perjuangan PSM di peringkat akar umbi dan nasional.

IMG-20151010-WA0011 IMG-20151023-WA0045 IMG-20151024-WA0009 IMG-20151024-WA0020 IMG-20151024-WA0022 IMG-20151024-WA0023 IMG-20151024-WA0024 IMG-20151024-WA0025 IMG-20151024-WA0030 IMG-20151024-WA0031

Kewibawaan dan kesugguhan komrad-komrad dalam menjalankan tugas harus dipuji. Sementara parti-parti politik lain merebut jawatan dan kerusi, PSM pula teruskan kerja-kerja akar umbi dan berjuang bersama rakyat menentang kenaikan harga, penindasan terhadap golongan pekerja, pengusiran paksa dan kezaliman terhadap orang awam.

Hidup Perjuangan Kelas!

Hazy climate, hazy politics and we all are suffocating! Don’t tell me you are wearing some bullet proof and that  goods price hike, toll hike, petrol hike, transport hike, electric hike and everything else under the sundry that has gone wrong did not affect you! Unless you are filthy rich, then you and I are in the same boat.

We need breathing space. We need clean administration. We need a government that cares for people. No administration that involves in business instead of administrating government can be honest. We need government that makes law to protect the people, that enhances well being of the people not bunch of selfish elites that only live for themselves.

Socialism is the way forward. Here comes Parti Socialist Malaysia, a party that believes in Socialism principles and known for grass root work since the 1990s. They are offering you and I an alternative. It’s time to read, think, analyse and make the right choice. Choose a party that has a track record of empowering the people and consistent in fighting for common people’s right.

Shots below taken during PSM’s Hulu Langat roadshow from 23, 24 & 25th Oct 2015.

IMG-20151025-WA0053

IMG-20151025-WA0051 IMG-20151025-WA0055 IMG-20151025-WA0057 IMG-20151023-WA0034

Comrade Khalid Ismath, a young activist blatantly denied justice and he is a victim of corrupt and arrogant rulers! For more information visit https://www.facebook.com/bebaskhalid
IMG-20151015-WA0015 IMG-20151016-WA0034 IMG-20151019-WA0017 IMG-20151019-WA0019 IMG-20151024-WA0048 IMG-20151024-WA0049 IMG-20151011-WA0004

When it comes to land matters, do we have class issue?

PSM being a workers party have adopted Socialism principals as their foundation to fight for the workers rights and to unite them as a force to stop capitalism from further destruction. So, when we have land disputes as in the case of GETCO settlers and farmers in Perak who are facing eviction, on what basis  PSM is working with this petty bourgeois group?

Piece of land is a property. House is a property. Car is a property. Basically, anything owned by a person is a property.

By legal definition, property is divided into two types: “real property” which is any interest in land,real estate, growing plants or the improvements on it, and “personal property” (sometimes called “personalty”) which is everything else. Generally, the term real property refers to land. Land, in its general usage, includes not only the face of the earth but everything of a permanent nature over or under it. This includes structures and minerals. A person owns a freehold house also owns the land unlike a person who bought house on leasehold. (Source: https://www.law.cornell.edu/wex/real_property)

I am highlighting the property issue here because it’s one of the key difference between workers and small business owners. Generally, workers face challenges to own property be it real or personal due to low wages and the high living cost. Only a few percentage of workers become business owners at some point, majority are landless or in current situation can’t even afford houses.

Coming back to the issue of PSM being on the side of petty bourgeois on selective cases, what could be the justification?

  • Food security in farmers issue
  • Alternative farming land for food security purpose
  • Right to Livelihood

But in the case of GATCO  –  Since PSM and it’s principles are strongly towards the working class, why then involve in issues like Bestino and GETCO when they are probably not poor and their issues are related to property or is it a issue of rights?

IMG-20150926-WA0016

Anyway, this is just to engage people in discussion. By the way at this point GATCO people do not own any land except for the house they are staying. They are not petty bourgeois but petty traders whom we should work with closely. They are our friends and ally. We must engage them to involve in poor people and workers struggle.

Thank you
Letchimi

IMG-20150919-WA0024

Sesi Perbincangan Dalaman PSM:
Mungkinkah Kerjasama antara Sosialis dan Anarkis?

Tarikh:                     18 October 2015
Masa:                       9.30 am – 3.00 pm
Tempat:                   NUBE, Brickfields

Itinerary:

9.30am – 10.00am:          Arrival and Registration (Sarapan tidak disediakan)

10.00 am – 11.30:           Pembentangan Kertas (15 min dengan masa tambahan 5 min untuk Q & A)

Facilitator: Sdra Shzni Bai (memperkenalkan tajuk melalui 1 min video dan perkenalkan speakers)

  • Kris Khaira (PSM)
    Tajuk:              Latarbelakang Dan Pengaruh Anarchism Dalam Gerakan Rakyat Di Peringkat Antarabangsa
  • Faizal Ahmad (Penulis, Cukong Press)
    Tajuk:              Sejauh Mana Pengaruh Dan Relevannya Penglibatan Anarchism Dalam Gerakan Rakyat Di Malaysia
  • Zahrein Zakariah (Aktivist Occupy)
    Tajuk:              Adakah and Apakah Halangan-Halangan Teori dan Praktis ideology Anarchism dalam konteks kita mencari perpaduan golongan kiri di Malaysia
  • Thilaga (Aktivist)
    Tajuk:              Sub culture dan Resistance

11.30 – 12 pm:                   Sesi Soal Jawab
12.00 – 1.00pm:                Makan Tengahari (disediakan)
1.00 – 1.45 pm:                  Soalan Bengkel

  • Perlukah PSM bekerjasama dengan Kumpulan Anarchist. Ya/Tidak bagi penjelasan
  • Apakah bentuk kerjasama yang praktik dengan kumpulan Anarchist. Beri cadangan.
  • Apakah kita perlu menetapkan syarat-syarat untuk bekerjasama demi memantapkan perpaduan golongan kiri? Beri cadangan syarat.

2.00 – 2.15 pm:                Penggulungan & Kesimpulan

Social Protection is our RIGHT!

Posted: October 3, 2015 in WORKERS
Tags: ,

chg3

Only 20 per cent of the world’s population has adequate social security coverage and more than half lack any coverage at all. The ILO actively promotes policies and provides assistance to countries to help extend adequate levels of social protection to all members of society. Social security involves access to health care and income security, particularly in cases of old age, unemployment, sickness, invalidity, work injury, maternity or loss of a main income earner.

(Source: http://www.ilo.org/global/about-the-ilo/who-we-are/ilo-director-general/statements-and-speeches/WCMS_406971/lang–en/index.htm)

IMG-20150926-WA0001IMG-20150926-WA0002IMG-20150926-WA0004IMG-20150926-WA0005
On 26/9/2014, PSM organised a round table discussion on Retrenchment Fund. Many unionists including MTUC leaders attended. It was good discussion as everyone are on the same page – capitalism crashes every 10 years  (more frequent now) and many workers are left without any social security. They loose their income, some don’t even receive their retrenchment benefit if the company goes bankrupt. The unemployment further causes workers loosing their house and other properties for failing to pay their bank loan (how inconsiderate the banks can be!) and many unable to feed their family and in many countries people become homeless. We have even seen that in US! (the country with highest number of homeless). Desperation might lead to petty crimes (unfortunately not revolution!) and more citizen will be charged (e.g. for stealing baby milk powder, sardine, Milo and other basic needs). They are fined or jailed by the court. Who will take care children of these ‘criminals’? Welfare Home? These chain of cause and effect is not my imagination – it is happening out there all the time and more so when the economy collapse. Only when it collapse everybody talk about capitalism and socialism. According to some, apparently capitalism creates and socialism only consumes wealth. What they failed to understand, capitalism destroys everything it creates because of their greediness while Socialism creates as per one’s ability and consumes as per one’s need. No exploitation and No Waste. Capitalism is not sustainable. It’s trickle down does not work. Poverty continues under capitalism, hence the importance of Social protection. It’s definition by the United Nations Research Institute For Social Development, is concerned with preventing, managing, and overcoming situations that adversely affect people’s well being.
PSM will soon come up with a precise demand for the Retrenchment Fund (NOT INSURANCE) campaign based on it’s various meeting and consultation with the relevant stakeholders. Let’s spread the good news and we shall soon have Retrenchment Fund to protect the workers in Malaysia- a must social security as long as Malaysia embraces free market capitalist system.
IMG-20150926-WA0009

RACE, RELIGION, ETHNIC DOMINATION

Posted: October 3, 2015 in GENERAL

IMG-20150922-WA0002Only 16 people attended this event. Pustaka Kiri organised this discussion in the hope that  more PSM members can understand the issue and learnt from their experience.  Anyway here is the website recommended by the guest speaker, Asaad Almohammad that provides information on the Syrian conflict: http://sn4hr.org/

More than 200,000 Syrians have lost their lives in four years of armed conflict, which began with anti-government protests before escalating into a full-scale civil war. More than 11 million others have been forced from their homes as forces loyal to President Bashar al-Assad and those opposed to his rule battle each other – as well as jihadist militants from Islamic State. This is the story of the civil war so far, in eight short chapters. For more visit http://www.bbc.com/news/world-middle-east-26116868

IMG-20150927-WA0017 IMG-20150927-WA0018 IMG-20150927-WA0019 IMG-20150927-WA0020 IMG-20150927-WA0021

Who are the Rohingya?

Source:http://asianhistory.about.com/od/Asian_History_Terms_N_Q/g/Who-Are-The-Rohingya.htm

The Rohingya are a Muslim minority population living mainly in the state of Arakan, in Myanmar (Burma). Although approximately 800,000 Rohingya live in Myanmar, and apparently their ancestors were in the country for centuries, the Burmese government does not recognize Rohingya people as citizens. People without a state, the Rohingya face harsh persecution in Myanmar, and in refugee camps in neighboring Bangladesh and Thailand as well.

The first Muslims to settle in Arakan were in the area by the 1400s CE. Many served in the court of the Buddhist King Narameikhla (Min Saw Mun), who ruled Arakan in the 1430s, and who welcomed Muslim advisers and courtiers into his capital. Arakan is on the western border of Burma, near what is now Bangladesh, and the later Arakanese kings modeled themselves after the Mughal emperors, even using Muslim titles for their military and court officials.

In 1785, Buddhist Burmese from the south of the country conquered Arakan. They drove out or executed all of the Muslim Rohingya men they could find; some 35,000 of Arakan’s people likely fled intoBengal, then part of the British Raj in India.

As of 1826, the British took control of Arakan after the First Anglo-Burmese War (1824-26). They encouraged farmers from Bengal to move to the depopulated area of Arakan, both Rohingyas originally from the area and native Bengalis. The sudden influx of immigrants from British India sparked a strong reaction from the mostly-Buddhist Rakhine people living in Arakan at the time, sowing the seeds of ethnic tension that remain to this day.

When World War II broke out, Britain abandoned Arakan in the face of Japanese expansion into Southeast Asia. In the chaos of Britain’s withdrawal, both Muslim and Buddhist forces took the opportunity to inflict massacres on one another. Many Rohingya still looked to Britain for protection, and served as spies behind Japanese lines for the Allied Powers. When the Japanese discovered this connection, they embarked on a hideous program of torture, rape and murder against the Rohingyas in Arakan. Tens of thousands of Arakanese Rohingyas once again fled into Bengal.

Between the end of World War II and General Ne Win’s coup d’etat in 1962, the Rohingyas advocated for a separate Rohingya nation in Arakan. When the military junta took power in Yangon, however, it cracked down hard on Rohingyas, separatists and non-political people alike. It also denied Burmese citizenship to the Rohingya people, defining them instead as stateless Bengalis.

Since that time, the Rohingya in Myanmar have lived in limbo.  In recent years, they have faced increasing persecution and attacks, even in some cases from Buddhist monks.  Those who escape out to sea, as thousands have done, face an uncertain fate; the governments of Muslim nations around Southeast Asia including Malaysia and Indonesia have refused to accept them as refugees.  Some of those who turn up in Thailand have been victimized by human traffickers,  or even set adrift again on the sea by Thai military forces.  Australia has adamantly refused to accept any Rohingya on its shores, as well.

In May of 2015, the Philippines pledged to create camps to house 3,000 of the Rohingya boat-people.  Working with the United Nations High Commission on Refugees (UNHCR), the Philippines’ government will temporarily shelter refugees and provide for their basic needs, while a more permanent solution is sought.  It is a start, but with perhaps as many as 6,000 to 9,000 people adrift on the sea right now, much more needs to be done.